Tutorial Pembelian untuk Dropshipper

TUTORIAL PEMBELIAN SECARA DROPSHIP

1. Pastikan anda telah mendaftar terlebih dahulu.

2. Klik "Login" di menu (bahagian atas). Gunakan username yang digunakan untuk memohon menjadi dropshipper.

3. Masukkan “email” dan “password” di ruangan “Returning Customer” dan klik “login”.

4. Anda boleh lihat profile dan semak tempahan sebelum ini.

5. Klik PROMOTIONS. Akan kelihatan senarai buku dengan harga istimewa dropship dan promosi lain.

6. Untuk membeli dengan harga Dropship, klik salah gambar buku yang tertulis diskaun. Paparan berikut akan keluar:

7. Klik “Checkout”. Paparan berikut akan keluar:

8. Klik “Checkout”. Paparan berikut akan keluar:

STEP PENTING! Isi maklumat alamat penghantaran. Pastikan alamat pelanggan anda tepat dan lengkap.

Untuk pembelian baharu bagi pembeli yang berlainan, sila tick “Bill to a different address”.

Sekiranya pelanggan anda adalah dari pelbagai lokasi, sila buat tempahan berlainan bagi setiap lokasi. Ini penting untuk mengelakkan kekeliruan yang boleh mengakibatkan produk dihantar ke alamat orang lain. Kos penghantaran untuk kuantiti berbeza dan lokasi berbeza juga tidak sama.

9. Kemudian klik “Continue to shipping method”. Paparan berikut akan keluar.

Masukkan “Coupon code” atau “Voucher code” jika ada.

10. Pilih “Payment Methods” dan tick “I have read and agree to the Terms and Conditions”. Jangan lupa baca dahulu Terms and Conditions tersebut.

Kemudian klik “Place Your Order”.

11. Selepas pembayaran selesai (mengikut mode bayaran yang anda pilih), paparan berikut akan keluar.

Jika memilih “Bank Transfer”, sila buat bayaran melalui online banking atau ATM atau kaunter bank dan upload bukti bayaran di ruangan yang disediakan dalam “my orders”.

Pihak admin Cutie Home akan mengepos tempahan anda kepada pembeli selepas pengesahan bayaran.

Itu sahaja!

 

Untuk pembelian baharu, sila ikuti proses di atas. Pastikan alamat pembeli baharu adalah tepat. Pihak admin tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menggantikan buku baharu sekiranya berlaku kesilapan dari pihak dropshipper.

Sebarang masalah, sila emel admin di support@cutiehome.com atau gunakan link Contact Us dalam website Cutie Home

Terima kasih!